Wednesday, 30 November 2011

Resepi Kue Teow Tomyam

Bahan-bahan:

1-Bawang besar(1) Bawang putih(2)

2-Cili(1)

3-Serai(2 batang)

4-Cendawan(ikut suka)

5-Fish Ball(ikut suka)

6-Daun Limau Purut(5 daun)

7-Limau nipis(1 biji)

8-Bunga Kubis(separuh)

9-Lobak merah

10-Tomato Buah(ikut suka)

11-Ayam(dipotong kecil2)

12-Kiub Tomyam

Cara-cara:


  1. Mula-mula,panaskan periuk.Kemudian,masukkan air (separuh daripada periuk).Masukkan ayam,serai dan kiub tomyam.Tunggu sehingga ayam empuk.
  2. Sementara menunggu,tumbuk(lesung batu) bawang besar(separuh),bawang putih dan cili(kalo nak blander pon xpe).Tumiskan bahan2 diatas.
  3. Apabila ayam tadi sudah empuk,masukkan lobak merah,gula dan garam (secukup rasa).Masukkan bunga kubis,cendawan,tomato buah dan fishball.
  4. Jangan lupa masukkan juga bawang yang sudah di tumis tadi.Celurkan Kue Teow.
  5. Siap untuk dihidangkan!


                p/s:Masak kue teow tomyam ni sebenarnye hanya tambah kue teow je..:D

No comments:

Post a Comment