Friday 9 December 2011

Resepi Stik Ayam

Bahan-bahan:

1-Bawang merah(4)

2-Ubi Kentang(1/ikut suka)

3-Telur(1)

4-Lada Hitam(25 biji sbb sy tumbuk)

5-Ayam(di'slice' n potong dadu)


Cara-cara:

1-Kupaskan kulit bawang merah dan ubi kentang.Tumbukkan lada hitam sebanyak 25 biji.Ayam di'slice' dan dipotong dadu.Letakkan didalam sebuah bekas.Gaulkan lada hitam,garam (secukup rasa) dan pecahkan sebiji telur diatas ayam tadi.Ubi kentang dipotong sebanyak 4 bahagian(utara,selatan,timur,barat).

2-Panaskan periuk.Masukkan minyak.Apabila minyak sudah panas,masukkan bawang dan ubi kentang.Balikkan ubi kentang dan bawang(ubi macam fries n bawang tu nampak hitam a.k.a bukan hangus).Angkat ubi kentang dan bawang di atas 1 bekas.Gorengkan ayam menggunakan minyak tadi.

3-Ayam hendaklah digoreng macam pancake.Tetapi,saiznya kecil..lebih kurang separuh sudu besar.(Hati-hati sewaktu menggoreng kerana ia mybe akan hancur).Apabila semua sudah siap digoreng,angkat ayam tadi dan letakkan di tempat ubi dan bawang tadi.

4-Letakkan air separuh daripada periuk.Masukkan ubi dan bawang.Apabila mendidih,masukkan ayam dan gula.

5-Selepas itu,saya letak daun kesum dan daun bawang(ikut suka).

6-Siap dihidangkan!

Sunday 4 December 2011

Resepi Kuih 'MEK COMEY'

Bahan-bahan:

1-Ubi Kayu

2-Sedikit Majerin(1/2 sudu kecil)

3-Tepung Gandum


Cara-cara:

1-Kupas kulit ubi kayu.Letakkan sedikit majerin dan tepung gandum.Kemudian,gaulkan kesemua bahan.(Ubi keledek tersebut mestilah dilenyek)


2-Bentukkan adunan bersaiz kecil.Bentuk mengikut cita rasa anda.

3-Siap untuk dihidangkan!